Tindakan afirmatif berdasarkan kaum perlu diteruskan dalam WKB2030


Sheridan Mahavera

Ketua Pegawai Eksekutif Institut MASA M Nizam Mashar berkata kerajaan PH kini akan fokus hanya kepada mereka yang layak dan menunjukkan kemampuan dalam perniagaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 22 Oktober, 2019.

DASAR tindakan afirmatif berdasarkan kaum perlu diteruskan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 walaupun ada gesaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil langkah pendekatan berdasarkan keperluan.

Ini kerana jurang pendapatan antara isi rumah Bumiputera, Cina dan India semakin luas sejak 1989, kata Institut Masa Depan Malaysia (MASA), salah satu pereka WKB2030.

Walaupun berbilion dikeluarkan untuk melahirkan masyarakat perniagaan dan industri Bumiputera yang cekap, sumbangan mereka kepada pertumbuhan ekonomi kekal rendah berbanding usahawan bukan Bumiputera, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut MASA M Nizam Mashar.

Bagaimanapun, Nizam berkata tidak seperti kerajaan terdahulu Barisan Nasional, pentadbiran semasa akan memecahkan amalan lama perlindungan dan pelucutan.

Berbanding memberikan peluang kepada mereka yang ada kaitan politik, kerajaan PH kini akan fokus hanya kepada mereka yang layak dan menunjukkan kemampuan dalam perniagaan.

Berbanding hanya memberikan lesen dan permit, program WKB fokus kepada pembangunan kemahiran dan kemampuan IKS Bumiputera untuk berkembang dan bersaing antara satu sama lain, kata Nizam.

“Ini tindakan tegas tanpa pelucutan. Kami tidak mengambil perniagaan daripada bukan Bumiputera dan memberikannya kepada Bumiputera,” kata Nizam kepada The Malaysian Insight. 

“Pada masa sama, perniagaan Ali Baba tidak akan diterima,” katanya merujuk kepada bagaimana Bumiputera di bawah pentadbiran BN akan mendapat kontrak dan permit yang kemudiannya dijual kepada bukan Bumiputera untuk mendapat keuntungan segera.

“Kami mahu membina kapasiti dan kemampuan Bumiputera supaya mereka tidak rasa terancam dan tidak dapat bersaing dengan yang lain.”

Sejak kali pertama WKB203 dicadangkan, pakar mempersoalkan keperluan untuk mengekalkan dasar berdasarkan kaum untuk usahawan Bumiputera, melihat kepada kegagalannya sebelum ini.

Ia mencadangkan supaya PH sebaliknya mengambil langkah pendekatan berdasarkan kaum dalam memberikan bantuan yang dapat membantu semua orang tanpa mengira kaum.

Nizam berkata sasaran berdasarkan kaum untuk program kerajaan perlu diteruskan kerana pendapatan isi rumah, gaji dan aset kewangan menunjukkan jurang antara kaum. – 22 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen