Polis jumpa bom, ratusan peluru di pangsapuri


Zaim Ibrahim

Beberapa orang anggota polis memeriksa senjata yang ditemui di sebuah pangsapuri di Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

POLIS menemui dua butir bom tangan dan hampir 700 butir peluru pelbagai jenis di sebuah pangsapuri di Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Pasukan polis menemui senjata berkenaan selepas menerima aduan kira-kira jam 10.30 malam tadi, menurut sumber yang ditemui di lokasi.

Bom dan 689 peluru terbabit ditemui di sebuah ruang di tingkat 15 pangsapuri terbabit, kata sumber.

Siasatan berkenaan dijalankan sepasukan anggota dari unit pemusnah bom serta narkotik dari Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

Menurut sumber lagi, pasukan tersebut pada asalnya dibawa ke lokasi itu oleh seorang suspek bagi siasatan kes dadah.

Polis dijangka akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan kes tersebut. – 21 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen