Isu doa antara agama tidak pernah timbul selama ini, kata lembaga sekolah


Noel Achariam

Sejak 10 tahun lalu, bacaan doa antara agama pada majlis penyampaian anugerah ketika berucap di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Pulau Pinang adalah satu kebiasaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Oktober, 2019.

SEKOLAH Kebangsaan Perempuan Methodist (MGS) Pulau Pinang tidak pernah mempunyai sebarang masalah berhubung doa antara agama di sekolah itu sehinggalah tahun ini, kata lembaga gabenornya.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, sejak 10 tahun lalu, bacaan doa antara agama pada majlis anugerah ketika berucap adalah satu kebiasaan.

Pengerusi Lembaga Gabenor MGS, Kee Phaik Cheen berkata tiada masalah yang timbul behrubung acara tahunan itu terutama ketika doa antara agama.

“Tiada aduan daripada ibu bapa atau guru,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, tahun ini laporan polis dibuat terhadap pihak sekolah kerana didakwa cuba memurtadkan pelajar dan guru Islam.

Sekolah itu berpendapat tiada doa Kristian dibacakan dan ahli lembaga memberikan ucapan mengenai perpaduan.

“Kita perlu menyiasat aduan dakwaan memurtadkan di sekolah kerana kita dimaklumkan mengenainya oleh guru,” kata Kee kepada The Malaysian Insight.

Pengadu menuduh sekolah cuba memurtadkan murid Islam, mengatakan dalam laporan polis bahawa sekolah itu mempunyai 347 orang Islam dan hanya 161 murid bukan Islam. Beliau juga berkata terdapat 26 guru Islam dan 14 guru beragama lain.

Kementerian Pendidikan berkata tindakan belum diambil terhadap isu doa Kristian selepas sekolah itu mengemukakan laporan terperinci mengenai kejadian itu minggu lalu.

Kee mendakwa sesetengah guru memaklumkan pelajar diberitahu agar tidak membeli makanan dan minuman daripada pengusaha bukan Islam di kantin.

“Kami hanya mendengar para pelajar diberitahu tidak membeli barangan makanan kerana ia haram.

“Kami tidak tahu tentang ini, dan itulah sebabnya kami perlu menyiasat mengenainya,” kata Kee.

Pengendali kantin sekolah yang ditemui The Malaysian Insight berkata murid di situ yang terdiri daripada pelbagai bangsa bergaul dengan baik

Che Su Abdul Rahman, yang berniaga kantin selama enam tahun, memberitahu The Malaysian Insight tidak pernah melihat murid Melayu memboikot gerai bukan Islam di kantin, seperti didakwa sesetengah pihak.

Kee juga menepis tuduhan ada ibu bapa mengancam mengeluarkan anak mereka dari sekolah kerana kejadian itu.

“Jika ibu bapa tidak gembira, mereka akan bertemu guru besar sekolah atau persatuan guru ibu bapa.

“Ibu bapa tidak meminta anak mereka dikeluarkan, ini hanya dakwaan tidak benar oleh sesetengah orang.” – 19 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen