KUMPULAN pertengahan atau M40 akan menerima subsidi bahan api pada Mac tahun depan melalui kad bahan api khas, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.
“Kami mengkaji perkaa ini dan sebaik sahaja mekanisme itu siap kami akan umumkannya,” katanya selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pengarah Antarabangsa 2019 di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
Kad95 akan diperkenalkan secara berperingkat pada suku pertama 2020.
Lim tidak memberikan butiran lanjut tentang mekanisme itu sambil mengatakan ia masih dikaji.
M40 adalah mereka yang bukan penerima program bantuan tunai kerajaan, Bantuan Sara Hidup (BSH).
Dengan Kad95, mereka yang memandu kereta akan dapat menerima subsidi bahan api RON95 sebanyak 30 sen seliter sehingga 100 liter sebulan.
Penunggang motosikal akan menerima subsidi sebanyak 30 sen seliter sehingga 40 liter sebulan.
Subsidi bahan bakar yang disasarkan untuk kumpulan B40 akan bermula pada Januari dengan pembayaran pertama dibuat pada April 2020 untuk empat bulan pertama langsung ke akaun bank penerima.
Penerima B40 yang layak mestilah menerima BSH.
Mereka akan menerima subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan jika memiliki kereta atau RM12 sebulan jika memiliki motosikal.
Kriteria kelayakan untuk penerima subsidi M40 akan sama seperti itu untuk B40.
Kereta mesti mempunyai kapasiti enjin tidak melebihi 1600cc atau lebih dari 10 tahun dengan kapasiti enjin melebihi 1600cc.
Motosikal tidak boleh melebihi 150cc dan mereka yang mempunyai kapasiti lebih tinggi mestilah lebih dari tujuh tahun.
RM2.2 bilion telah diperuntukkan di bawah Bajet 2020 untuk program subsidi minyak dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 8 juta pengguna jalan raya.
Beliau berkata kerajaan akan mengkaji semula subsidi jika harfa minyak dunia menjadi lebih tinggi. – 15 Oktober, 2019.
Komen