Ramai wanita didera emosi dan fizikal, menurut kajian


Diyana Ibrahim Alfian Z.M. Tahir

Menurut kajian SIS, ramai wanita dalam julat usia 18 hingga 55 tahun didera secara fizikal dan emosi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2019.

SATU kajian NGO Sisters In Islam mendapati ramai wanita dalam julat usia 18 hingga 55 tahun didera secara fizikal dan emosi.

Seramai 82% mengaku demikian daripada 675 orang yang ditinjau dalam kajian Persepsi dan Realiti Hak Umum dan Peribadi Wanita Islam di Malaysia yang dilancarkan hari ini.

Ia turut menyebut, 78% daripada jumlah itu merupakan isteri yang menyara keluarga dan seramai 75% isteri yang diceraikan tidak mendapat hak sewajarnya seperti penjagaan anak dan nafkah.

Kira-kira 83% wanita Islam itu juga mendedahkan tanggungjawab kerja rumah dilakukan sendirian dan tidak dikongsi bersama suami

Sisters In Islam mendedahkan Pantai Timur mencatatkan responden paling tinggi sebanyak 93% apabila ditanya.

“82% berasa emosi kurang dipeduli suami dan sekali lagi Pantai Timur mencatatkan peratusan paling tinggi sebanyak 88%.

Kajian mengunakan borang soal selidik itu diadakan dalam tempoh pertengahan tahun lepas sehingga awal tahun ini.

Ia dijalankan untuk mengetahui realiti sebenar yang dihadapi wanita Islam di Malaysia.

Kaji selidik juga mendedahkan 88%  responden setuju bahawa wanita dan lelaki dilayan sama rata dalam Islam.

“Bagaimanapun mereka tidak menolak ajaran Islam dilihat hanya menyebelahi lelaki, dan ini merupakan titik tekanan kepada wanita untuk memperlihatkan imej diri yang boleh diterima.” katanya. – 15 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen