Pakatan atasi persepsi negatif dengan Belanjawan 2020, kata Dr Mahathir


Chan Kok Leong

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Belanjawan 2020 membuktikan kerajaan mampu mentadbir negara dengan baik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 11 Oktober, 2019.

BELANJAWAN 2020 menunjukkan kemampuan Pakatan Harapan (PH) untuk menguruskan ekonomi negara dan kewangan negara masih dalam keadaan baik, kata Dr Mahathir Mohamad.

“Walaupun kita masih mempunyai masalah membayar (hutang), kita berjaya mengatasi persepsi negatif tentang ekonomi kita dengan belanjawan ini.

“Pertumbuhan adalah 4.7% dan kita berasa 2020 akan mempunyai pertumbuhan 4.8%. Ini bermakna pentadbiran masih baik walaupun perlu dibersihkan selepas kerajaan terdahulu,” kata perdana menteri kepada pemberita pada sidang akhbar selepas pembentangan belanjawan di Parlimen hari ini.

“Ramai fikir PH tidak berpengalaman dan tidak boleh mentadbir dengan baik tetapi peruntukan diberikan kepada semua orang dan ini menunjukkan kewangan kita masih kukuh,” katanya.

Mengenai isu penurunan had pasaran hartanah tempatan dari RM1 juta kepada RM600,000 oleh warga asing, Dr Mahathir berkata ia adalah untuk menyelesaikan masalah unit tidak terjual di Malaysia.

“Terdapat hartanah yang tidak terjual. Ini berkaitan dengan rumah flat dan bukannya rumah. Kita perlu menjualnya.

“Sudah tentu akan ada pembeli asing. Tetapi penduduk tempatan tidak akan dihalang hanya kerana ada pembeli asing,” kata perdana menteri ketika ditanya apakah ini akan memicu spekulasi hartanah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga menolak pandangan ia akan membawa kepada spekulasi harta benda.

“Penduduk tempatan boleh membeli tetapi mereka tidak membelinya. Di sinilah terdapat lebihan.

“Mengenai spekulasi, saya tidak fikir pembeli asing begitu bodoh untuk membeli hartanah yang tidak menggambarkan nilai pasaran,” kata Lim.

Ini adalah belanjawan kedua kerajaan kerajaan sejak berkuasa pada Mei 2018. – 11 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen