Khairy gesa tubuh majlis media


Bede Hong Noel Achariam

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata ia untuk memastikan kebebasan mereka tidak disekat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2019.

SATU majlis yang bebas bagi media perlu ditubuhkan untuk memastikan kebebasan mereka tidak disekat, kata Khairy Jamaluddin.

Bekas menteri belia dan sukan itu berkata kebebasan media hanya dapat dicapai jika ada kesungguhan politik.

“Macam surat khabar, kita tak perlu mohon permit dari pihak berkuasa atau batalkan permit mereka.

“Media yang bebas sudah pasti akan membantu membangunkan masyarakat yang lebih matang,” katanya selepas forum di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo pada Julai berkata Putrajaya sedang memberi tumpuan terhadap dua bidang untuk menggalakkan kebebasan media yang lebih baik di negara ini.

Katanya, banyak usaha yang perlu dilakukan untuk kebebasan media selaras selaras dengan agenda pembaharuan kerajaan Pakatan Harapan. – 11 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.            


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen