PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan cadangan yang beliau mempunyai kaitan dengan pihak yang diberikan kontrak sektor tenaga pada masa dahulu.
Katanya, kontrak tersebut hanya diberikan kepada mereka menerusi kertas cadangan projek boleh laksana.
“Saya tolak cadangan yang pemain ini ada hubungan dengan saya, saya tanya semua saudara saya, adakah mereka dapat apa-apa daripada saya?
“Sebab ia tak pernah berlaku,” katanya selepas menghadiri Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi dan Produk Hijau Malaysia hari ini.
Dr Mahathir mengulas tuduhan yang beliau mempunyai kaitan dengan pemain sektor tenaga sebelum ini.
Tambahnya, bila kontrak itu terpaksa diberikan kepada pihak tertentu, ia dianggap kronisme.
“Jadi kita tak perlu beri kepada sesiapapun, supaya awak tak boleh kata apa-apa.
“Tetapi, jika tak beri kepada sesiapa langsung, negara tak akan maju. Tolonglah ingat itu.
“Tetapi, kita akan tolong sebanyak mungkin, tetapi sekarang jumlah sokongan kepada kerajaan tak sebesar dahulu.”
Katanya, sebelum ini rakyat tidak banyak tahu mengenai sektor tenaga, tetapi sekarang rakyat tahu banyak peluang disebabkan dasar kerajaan tentang tenaga boleh diperbaharui.
“Jika mereka datang dengan kertas cadangan, dan ia boleh dilaksana, kami akan sokong, tetapi saya juga akan minta persijilan.” – 10 Oktober, 2019.
Komen