Harapan komuniti niaga untuk Belanjawan 2020


Ragananthini Vethasalam Lee Chi Leong

Antara isu yang menjadi tumpuan komuniti niaga adalah pekerja asing dan persaingan serta industri teknologi tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Oktober, 2019.

MENTERI Kewangan Lim Guan Eng sudah memberi petunjuk yang Belanjawan 2020 adalah belanjawan pengembangan yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi dengan memberikan lebih banyak wang kepada pengguna dan perniagaan untuk dibelanjakan.

Esok, ketika beliau membentangkan belanjawan itu di Dewan Rakyat, persatuan dagang dan niaga akan menanti apakah usaha tersebut dan sama ada ia memenuhi hasrat mereka untuk langkah mesra niaga daripada Putrajaya.

Susulan langkah penjimatan diambil Putrajaya pada belanjawan pertama Pakatan Harapan tahun lepas, perniagaan dan persatuan berharap belanjawan tahun depan akan ditambah baik dalam aspek pembentukan persekitaran yang lebih kondusif untuk merangsang perniagaan.

Mereka yang diwawancara The Malaysian Insight berkata Belanjawan 2020 adalah penting kerana ia akan menjadi pemula Rancangan Malaysia ke-12 tahun depan.

Mereka berkongsi beberapa bidang utama yang diharap akan diberi perhatian oleh Putrajaya:

Pekerja asing

Persekutuan Pengilang Malaysia (FFM) berkata Putrajaya perlu mendedahkan hasil dan cadangan Jawatankuasa Bebas tentang Pekerja Bebas yang ditubuhkan pada 2018 bagi menyelaras dasar dan pengurusan pekerja asing kepada rakyat.

Sejak ditubuhkan setahun lalu, industri menjangkakan hasil semakan dasar utama kerajaan tentang pekerja asing, kata FMM.

Ia menegaskan yang sehingga sekarang, pengilang terus berdepan masalah pengambilan dan penggajian pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh.

Perkara sama dibangkitkan oleh Persatuan-Persatuan Pembina Malaysia (MBAM), yang mendesak Putrajaya memudahkan proses kelulusan kemasukan pekerja asing.

“Ini akan membolehkan kontraktor memenuhi tarikh siap projek. Permohonan yang ditolak cenderung disebabkan oleh kesilapan kecil seperti salah ejaan dan kesilapan audit yang boleh dibetulkan dengan mudah,” kata Presiden MBAM Foo Chek Lee.

Rungutan juga timbul tentang pengurusan kerajaan terhadap pekerja asing yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia yang mewujudkan karenah birokrasi untuk pengambilan dan penggajian, serta penglibatan pihak ketiga sebagai penyedia pekerja asing. – 10 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen