AHLI perniagaan buruan Low Taek Jho yang didakwa berkomplot dengan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menipu berbilion duit 1MDB tidak pernah menandatangani dokumen berkaitan dana pelaburan negeri, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar hari ini.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan dalam perbicaraan jenayah 1MDB Najib bahawa beliau tidak mengecam tandatangan Low kerana tidak pernah melihatnya.
Shahrol hari ini memperlihatkan dokumen yang didakwa membabitkan tandatangan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang apabila diteliti oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah.
Shahrol: Saya tak dapat mengecam tandatangannya.
Shafee: Bukankah itu satu keajaiban? Berapa tahun kamu kenal dengannya? Tapi kamu tak pernah melihat dokumen yang ada tandatangannya. Bukankah itu isyarat kepada kamu tentang bencana yang akan datang?
Shahrol: Tak.
Shafee: Tidakkah itu memberi amaran kepada kamu? Bukannya kamu tak cam tandatangannya tetapi tak kenal kerana tidak pernah melihat dokumen yang ditandatangani beliau.
Shahrol: Ia tidak memberikan amaran kepada saya.
Shafee: Kenapa tidak?
Shahrol: Kerana dia tak ada urusan rasmi dengan 1MDB.
Najib, 66, berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dengan jumlah sama.
Pendakwa raya telah menuduh beliau bersekongkol dengan Low untuk menipu dana kekayaan negara.
Shahrol memberi keterangan sebelum ini bahawa beliau bertemu dengan Low pada 2007 ketika bekerja sebagai pengarah urusan di firma perundingan Accenture.
Low yang merupakan seorang pelanggan kemudiannya menjadi pengarah urusan di Utama Banking Group. – 8 Oktober, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen