PEMAIN utama dalam industri e-hailing bersimpati dengan pemandu, terutama golongan warga emas dan mereka yang kurang mahir dalam Bahasa Melayu, yang sukar untuk melepasi ujian bagi lesen perkhidmatan pengangkutan awam (PSV) yang diwajibkan pada 12 Oktober.
Bagaimanapun, mereka masih menggesa pemandu supaya beretika dan mengelak mendapatkan lesen itu dengan cara tidak sah.
Bagaimanapun, Chong memberi amaran kepada ahli persatuan supaya tidak menggunakan perkhidmatan itu.
“Kami faham kesukaran dihadapi sesetengah pemandu, terutama mereka yang sudah bersara dan tidak fasih dalam Bahasa Malaysia.
“Sesetengahnya hanya bersekolah rendah kerana tercicir selepas tamat tahun enam. Walaupun kami simpati dengan nasib mereka, itu tidak bermakna mereka ambil jalan mudah dengan cara haram,” kata Chong kepada The Malaysian Insight.
Chong berkata pemandu warga emas dan mereka yang tidak tahu membaca paling sukar menjalani ujian bertulis itu.
Tetapi beliau menekankan mereka “tidak malas” dan “ikhlas untuk bekerja”.
Chong berkata apabila kerajaan menetapkan undang-undang baharu kepada pemandu e-hailing pada 12 Oktober ini, 100,000 pemandu yang berjaya melepasi syarat baharu itu tidak akan cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Untuk menangani masalah pemandu itu, syarikat DACSEE, yang sudah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk menawarkan kursus e-pembelajaran, berkata ia menyediakan ujian simulasi percuma bagi membantu pemandu berlatih.
“Kebanyakan daripada mereka hanya fasih dalam bahasa Cina. adi ujian bertulis sukar untuk mereka kerana semuanya dalam Bahasa Melayu,” kata Pengurus Operasi DACSEE Andrew Chuah.
“Daripada lebih 200 pemandu yang sudah buat ujian simulasi itu, hanya dua gagal (dalam ujian sebenar).”
Chuah berkata sebahagian pemeriksa yang faham kesukaran dihadapi pemandu warga emas dan hanya tahu berbahasa Cina ini, akan cuba membantu mereka ketika ujian. – 8 Oktober, 2019.
Komen