PENGLIBATAN Low Taek Jho dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terpaksa dikurangkan kerana ahli politik Umno “iri hati” dengan hubungan rapat ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu dengan bekas perdana menteri Najib Razak.
“Ada perasaan dengki antara orang Umno terhadap pengaruh Jho Low dan akses terhadap Datuk Seri Najib,” kata bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi semasa pemeriksaan balas pada perbicaraan Najib Razak hari ini.
“Ketika itulah saya akui apabila Jho (Low) memaklumkan kepada saya bahawa penglibatannya (dalam 1MDB) perlu dikurangkan agar tidak melemahkan kedudukan Datuk Seri Najib,” tambahnya.
Najib, 66, berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.
Pihak pendakwa raya telah menuduh Najib berkomplot dengan Low untuk menipu dana berkenaan.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Muhammad Shafee Abdullah, Shahrol ditanya mengapa beliau berfikir Low mahu mengurangkan penglibatannya. – 7 Oktober, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen