SEJUMLAH 23 syarikat dikeluarkan kompaun oleh agensi anti rasuah hari ini dalam usahanya mendapatkan semula wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), adalah syarikat perunding media, pencipta kandungan dan pengurus acara.
Ia menunjukkan penggunaan media sosial dan propaganda oleh bekas perdana menteri Najib Razak untuk mempengaruhi pengundi.
Syarikat terbabit (disenaraikan di bawah) dikeluarkan kompaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membayar denda jumlah yang diterima daripada akaun Najib.
Syarikat itu antara 80 entiti termasuk individu, parti politik dan organisasi awam yang dikenakan kompaun. Di bawah ini sebahagian daripadanya:
Solar Shine Sdn Bhd
Syarikat pengurusan acara ini diminta membayar paling jumlah tertinggi – RM134 juta.
Nama syarikat itu muncul pada perbicaraan kes rasuah SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana ia penerima cek RM1 juta ditandatangani oleh Najib pada 2015 untuk mempromosikan kempen 1Malaysia kepada bukan Melayu.
Lew Choon Lai daripada Solar Shine memberi keterangan sebagai saksi pendakwa, berkata syarikat itu menyediakan beg berisi barangan keperluan yang diedarkan kepada masyarakat India di luar bandar dan pengundi warga emas Cina sebagai sebahagian promosi konsep 1Malaysia.
Katanya, syarikat itu turut menganjurkan makan malam untuk Barisan Nasional (BN), menyediakan tetamu, ahli muzik, kemeja T dan nombor bertuah.
Pengarah dan pemegang saham syarikat itu dinamakan sebagai Muhammad Zaki Ilias dan Mazlan Saidin dalam laporan berita sebelum ini.
Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd
Menurut syarikat biro kredit RAM Credit Information Sdn Bhd, Semarak Konsortium ditubuhkan pada November 2010 dan menyenaraikan “syarikat pelaburan” sebagai perniagaannya.
Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd (Cense)
Pengarah Cense Rita Sim dalam keterangannya pada perbicaraan SRC International, mengakui syarikat perunding itu dibayar RM150,000 sebulan untuk membantu Pejabat Perdana Menteri memantau akhbar Cina untuk isu yang menjejaskan masyarakat itu. Syarikat itu menerima bayaran untuk dua bulan berjumlah RM300,000.
Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa orang kanan Najib, allahyarham Jamaluddin Mohd Jarjis yang juga bekas ahli Parlimen Rompin, yang melantik syarikat itu. – 7 Oktober, 2019.
Komen