Raja-Raja Melayu boleh pulih keseimbangan, kekang ekstremisme, kata ahli akademik


Chan Kok Leong

Prof Dr Shad Saleem Faruqivberkata Majlis Raja-Raja merupakan sebahagian daripada mekanisme semak dan imbang bagi negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2019.

MAJLIS Raja-Raja adalah satu-satunya institusi yang boleh mengembalikan keseimbangan dalam Malaysia yang berpecah-belah, kata Prof Dr Shad Saleem Faruqi.

“Dengan eksekutif, badan kehakiman (kecuali sesetengah pengecualian), Parlimen, perkhidmatan awam dan polis tidak bersedia mengambil tugas, Majlis (Raja-raja) adalah satu-satunya institusi yang boleh mengembalikan keseimbangan, mengesyorkan supaya bersikap sederhana dan mengekang pelampau,” kata Shad di salah satu sesi pleno Undang-undang Asia di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata umat Islam hari ini kehilangan hak asasi mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kerana negeri mempunyai kuasa menggubal undang-undang yang dianggap menjejaskan Islam, kata pensyarah undang-undang perlembagaan Universiti Malaya itu pada sesi “Constitutional Role of the Rulers & the Conference of Rulers in Malaysia”.

Menjadikan undang-undang di semua negeri yang mewajibkan orang Islam mendapatkan permit daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai Islam di negeri berkenaan sebagai contoh, Shad berkata beliau tidak akan dapat mengajar mengenai perundangan Islam di bawah syarat sedemikian. – 4 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen