Anwar mahu beri keutamaan pada teknologi ICT 


Bede Hong

Presiden PKR Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis anugerah Pikom Unicorn Tech di Kuala Lumpur malam ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.

ANWAR Ibrahim hari ini berikrar akan memberi keutamaan kepada pertumbuhan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia apabila menjadi perdana menteri.

“Jangan cakap istilah dengan saya. Saya menghabiskan lebih banyak masa di penjara berbanding di luar,” katanya kepada pemimpin industri pada majlis anugerah Pikom Unicorn Tech di Kuala Lumpur malam ini. 

“Namun saya ada visi yang jelas, yang mana apabila kita mahu berjaya, industri ini perlu kekal sebagai fokus utama untuk Malaysia terus ke hadapan.” 

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Pikom Ganesh Kumar Bengah dan lebih 1,000 pemimpin industri dan wakilnya.

Anwar berkata, kerajaannya akan melantik penasihat teknologi bagi memberikan panduan dalam pertumbuhan bidang itu, sebagaimana yang dilakukan oleh India di bawah pentadbiran perdana menteri Rajiv Gandhi.

Presiden PKR itu berkata demikian sebagai mengulas aduan oleh Ganesh ketika menyampaikan ucapan yang mana terlalu banyak agensi dan kementerian dengan dalam industri ICT. 

“Ia boleh menjadi rumit kerana kita kekurangan fokus dan agenda yang jelas,” katanya sambil menambah penasihat teknologi boleh memastikan bahawa pelaksanaan mana-mana dasar kerajaan boleh menjadi cepat dan menyokong pertumbuhan syarikat perisian.

“Kita akan fokuskan semual terhadap isu ini,  “Kami akan memfokuskan semula isu ini, jika tidak, ia akan menjadi perbalahan dan proses birokrasi membosankan,” kata Anwar.

“Kita perlu melihat kepada apa yang negara jiran kita buat, bukan apa yang kita buat 10 tahun dulu. Kita tidak boleh biarkan diri kita ketinggalan.”

Anwar juga berikrar beliau tidak akan terlepas pandang isu berhubung hak kesamarataan dan memastikan mereka yang menderita dalam belenggu kemiskinan tidak akan disisihkan. 

“Kami mahukan pendemokrasian akses, mereka yang paling berjaya mesti memastikan bahawa mereka mematuhi ekonomi yang berperikemanusiaan. Terdapat dimensi baru yang banyak diabaikan dalam banyak masyarakat, yang tidak dapat dikawal kapitalisme yang memberi manfaat kepada sedikit pun dengan kos ramai.” – 3 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen