MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penangguhan oleh Umno Pekan terhadap saman lucut hak dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang cuba mendapatkan RM700,000 yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan permohonan itu tidak wajar ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan kerana tiada keadaan khas yang memerlukannya berbuat demikian.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 November untuk mendengar mana-mana pihak ketiga untuk menuntut wang itu. Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai mewakili kerajaan.
Umno Pekan sebelum ini enggan membayar wang yang dituntut oleh agensi antirasuah memandangkan saman mahkamah itu dipukul dengan alasan ia gagal memenuhi pematuhan prosedur.
Pada Ogos, peguam Umno Pekan, M Reza Hassan mencabar tuntutan pelucuthakan berdasarkan alasan tiada nama pemegang jawatan, dengan itu membatalkan kes pendakwaan.
Pendakwa kemudian mengulangi saman itu dan menamakan Najib Razak, yang merupakan ahli Parlimen Pekan, sebagai pemegang jawatan di bahagian Umno Pekan.
Anak lelaki Najib, Mohd Nizar Najib, yang juga ketua Pemuda bahagian itu, juga dalam senarai lebih 40 responden yang dikemukakan ke mahkamah.
SPRM memfailkan saman pelucuthakan sivil terhadap 41 individu dan entiti dalam usaha memperoleh semula RM270 juta dana berkaitan 1MDB. – 3 Oktober, 2019.
Komen