Jika rakyat mahu, kerajaan akan kaji semula GST, kata Dr Mahathir


Timothy Achariam Lee Chi Leong

Kerajaan akan mengkaji semula GST sekiranya itu yang dimahukan rakyat, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Oktober, 2019.

PUTRAJAYA akan mempertimbangkan pengenalan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya itu yang dimahukan rakyat, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Sekiranya rakyat percaya GST lebih baik, kita akan kaji.

“Kalau itu yang kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan),” katanya pada pelancaran Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di Putrajaya hari ini.

Tambahnya, kerajaan akan melakukan kajian sekiranya rakyat percaya GST lebih baik berbanding SST.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata sudah terlambat untuk memperkenalkan semua GST pada Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan minggu depan.

Awal minggu ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier) menggesa kerajaan memperkenalkan kembali GST.

Menyifatkan GST sebagai rejim cukai yang adil untuk semua lapisan masyarakat, Pengerusi Mier Kamal Salih berkata GST adalah sistem yang membolehkan kerajaan terus bertahan ketika harga minyak dunia menjunam serendah AS$36 setong pada 2015.

“GST adalah sistem yang adil, ada orang kata ia menekan kerana orang miskin akan terkesan.

“Tetapi, kita ada klausa pengecualian yang akan melindungi kumpulan berpendapatan rendah, atau B40,” katanya.

PH menghapuskan GST serta merta selepas berkuasa di Putrajaya untuk memenuhi janji pilihan rayanya, sebelum memperkenalkan SST. – 3 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen