Ketua hakim negara patut siasat, bukan padam afidavit, kata Sangeet


Bede Hong

Peguam Sangeet Kaur Deo berkata salah laku kehakiman yang didedahkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer memerlukan siasatan dalaman atau Suruhanjaya Siasatan Diraja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Oktober, 2019.

KETUA hakim negara perlu menyiasat dakwaan salah laku kehakiman yang didedahkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer, bukan memohon sebahagian besar perenggan dalam afidavitnya dipadam, kata peguam Sangeet Kaur Deo. 

Sangeet yang memfailkan saman terhadap ketua hakim negara pada Januari kerana gagal menangani dakwaan campur tangan kehakiman menegaskan pendedahan Hamid itu memerlukan siasatan dalaman atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Pejabat Ketua Hakim Negara memohon untuk memadam 144 perenggan daripada 152 perenggan dalam afidavit Hamid, seperti yang disebut dalam saman Sangeet.

“Mengapa semua orang berdiam diri? Pemegang taruh perlu bertindak dan minta ia disiasat,” katanya kepada pemberita selepas perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. 

Sangeet kini dalam proses untuk menarik balik saman tersebut kerana sedang mengusahakan kaedah lain.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Firuz Jaffril hari ini mendengar hujah Pejabat Ketua Hakim Negara untuk memadam sebahagian besar perenggan dalam afidavit Hamid sementara menunggu keputusan permohonan Sangeet menarik balik samannya itu.

Peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy dalam hujahnya berkata tuduhan Hamid adalah dengar cakap kerana hakim itu tidak menamakan sumber maklumat dan oleh itu tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang dakwaan salah laku badan kehakiman.

Afidavit itu juga mengandungi tuduhan yang tidak relevan dan berniat jahat, tambahnya. – 2 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen