Kebangkitan ekstremisme agama sedang berlaku, kata pakar akademik


Mustafa K. Anuar

WUJUD trend yang membimbangkan ke arah ekstremisme agama di Malaysia, dengan perbuatan tidak bertoleransi muncul sejak akhir-akhir ini, kata pakar akademik.

Senada dengan kebimbangan Prof Syed Farid Alatas dari Universiti Nasional Singapura berkenaan pendakwaan terhadap masyarakat Syiah di Malaysia oleh pihak berkuasa agama, Pengarah Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa berkata: “Pendakwaan terhadap ‘yang lain’, seperti Syiah, adalah contoh jelas. Begitu juga dengan Ahmadi yang turut dinafikan hak untuk mengamalkan kepercayaan mereka.

“Syiah menjadi sasaran pihak berkuasa agama negeri seperti Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) dan JAIJ (Jabatan Agama Islam Johor) menerusi pelbagai cara, termasuk pemeriksaan mingguan secara sistematik di masjid setiap Jumaat,” kata Farouk.

Beliau berkata “tindakan jahat daripada pihak berkuasa agama” itu tidak dikenakan sebarang teguran daripada kerajaan, terutama menteri hal ehwal agama, , Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Malah, responsnya hanya tindakan mereka mengikut SOP (prosedur operasi standard).

“Yang jelasnya, beliau melepaskan tanggungjawab sebagai menteri hal ehwal agama kerana beliau sepatutnya bersuara menentang tindakan seperti itu, di mana ia bertentangan dengan asas hak asasi manusia.

“Bukan dengan bersembunyi dengan berkata hal agama terletak di tangan Sultan,” kata Farouk kepada The Malaysian Insight.

Beliau menekankan Malaysia kecenderungan tidak bertoleransi ini boleh dibendung jika menteri berkenaan dapat memainkan peranan proaktif dalam menganjurkan dialog antara kepelbagaian dalam Islam.

“Jika kita mahu membina masyarakat pertengahan atau seperti dalam Al-Quran as ‘ummatan wasatan’, maka masyarakat moderat hanya boleh wujud jika kita guna rasa hormat dan kemampuan bersetuju untuk tidak bersetuju.

“Budaya dialog dan debat yang sihat. Satu masyarakat yang dapat menerima dan meraikan kepelbagaian.

“Lebih pun, kita semua bersaudara dalam Islam,” katanya.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa Malaysia secara perlahan-lahan menuju ke arah ekstremisme, kata Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM).

“Saya tahu kerana saya bantu polis menganalisis bukti.”

Bagaimanapun, laluan daripada ekstremisme kepada aktiviti pengganas mungkin tidak kelihatan mudah. Ia mungkin tidak akan pernah berlaku, kata Fauzi, yang membuat kajian tentang keganasan Islamik.

“Tetapi penyebaran propaganda ekstremis akhirnya boleh mempengaruhi penggerak keganasan perseorangan.” – 2 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen