Calon 18 tahun layak bertanding PRK Tanjung Piai, kata SPR


Chan Kok Leong

SPR berkata individu berusia 18 tahun layak untuk bertanding pada PRK Tanjung Piai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Oktober, 2019.

INDIVIDU berusia 18 tahun akan dibenarkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR chairman Azhar Azizan Harun berkata calon 18 tahun boleh bertanding mengikut seperti apa yang sudah diwartakan.

Azhar berkata demikian ketika mengulas tentang sama ada individu 18 tahun akan dibenarkan bertanding pada PRK itu susulan pindaan perlembagaan pada 16 Julai di Dewan Rakyat.

Menurut laman web Pejabat Peguam Negara, pindaan kepada Artikel 47 dan 119 diberikan perkenan pada 4 September dan diwartakan pada 10 September.

Azhar berkata keputusan akhir, bagaimanapun bergantung pada pegawai pilihan raya untuk PRK Tanjung Piai yang akan diadakan pada 16 November.

“SPR akan berhubung dengan semua pihak untuk bercakap tentang apa yang dipinda di Parlimen dan sudah diwartakan,” kata Azhar pada sidang media hari ini.

Beliau terdahulu mengumumkan hari mengundi kerusi Parlimen itu ditetapkan pada Sabtu 16 November, dengan hari penamaan calon 2 November dan mengundi awal 12 November.

Kerusi itu kosong susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik daripada Bersatu, Pakatan Harapan pada 21 September.

Farik, 42, juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau mendapat 21,255 undi pada PRU14, menewaskan Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS). – 1 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen