Tumpukan pada faedah ECRL, kata timbalan menteri 


Alfian Z.M. Tahir

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata, kerajaan perlu memfokuskan kepada faedah yang boleh dijana menerusi ECRL.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 September Ogos, 2019.

PERBINCANGAN mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu memberi tumpuan kepada aktiviti ekonomi yang boleh dijana untuk rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan laporan Bank Dunia mengenai Inisiatif Belt and Road China (BRI), Ong berkata kerajaan kini perlu melaksanakan memorandum perjanjian (MoA) yang ditandatangani antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan China Communication Construction Company Ltd (CCCC).

“Apa yang penting sekarang, kita perlu melaksanakan MoA dengan betul dalam butiran yang berbeza yang telah dijelaskan (dalam perjanjian) ... (seperti) membina dan memilih dua taman perindustrian, satu di pantai timur dan satu di pantai barat, untuk membina hab pembangunan dan logistik berorientasikan transit di sekurang-kurangnya tujuh stesen utama di ECRL.

“Ini akan meningkatkan aktiviti ekonomi yang akan menjadikan ECRL lestari, dan bukannya untuk melihat semula kos yang telah kita runding semula, jadi kita melihat peningkatan aktiviti ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Ong berkata demikian sebagai menjawab pandangan pakar ekonomi terkemuka Prof Jomo Kwame Sundaram yang mengatakan tidak ada sebab Pakatan Harapan untuk lebih komited kepada projek ECRL, berikutan kemunculan bukti di mahkamah mengenai bagaimana projek itu digunakan untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jomo merujuk kepada keterangan bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin pada perbicaraan 1MDB minggu lalu. Amhari berkata ECRL merupakan antara beberapa projek yang digunakan untuk menjamin 1MDB. 

Jomo berkata keterangan di mahkamah itu merupakan alasan yang kukuh untuk Putrajaya menilai semula sama ada ia perlu meneruskan projek yang mempnyai kaitan dengan rasuah. 

“Saya fikir kita mempunyai peluang besar sekarang untuk membuka semula keseluruhan persoalan. Saya yakin ini adalah masa yang tidak patut kita lakukan sendiri,” kata pakar ekonomi itu di sebuah forum minggu lalu. 

Kerajaan PH telah menyemak semula kos ECRL dari RM66 bilion kepada RM44 bilion. 

Projek itu yang menghubungkan Pelabuhan Klang di pantai barat semenanjung dengan pantai timur dan utara di Kelantan, disemak semula pada April selepas ditangguhkan sejak Julai lalu, berikutan rundingan semula antara Putrajaya, kontraktor utama China Communications Construction Company Ltd dan kerajaan China. – 30 September Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen