Bekas pengarah kastam negeri, pengarah syarikat diberkas SPRM


SPRM berjaya mendapat perintah reman lima hari ke atas seorang bekas pengarah kastam negeri dan dua pengarah syarikat yang terlibat rasuah pagi ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September, 2019.

SEORANG bekas pengarah kastam negeri dan dua pengarah syarikat diberkas agensi antirasuah berhubung kes pembalakan, perlombongan haram dan penyeludupan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapat perintah reman lima hari ke atas semua suspek itu pagi ini, kata ketua pesuruhjayanya Latheefa Koya.

“Selanjutnya, SPRM membekukan akaun suspek terbai, individu lain dan juga entiti berkaitan. Keseluruhannya, akaun 20 individu dan empat entiti dibekukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya bekas pengarah kastam negeri itu ditahan di Kelantan manakala dua lagi di sebuah hotel di Genting Highlands.

“Sejumlah besar wang turut dirampas dalam penahanan itu,” kata Latheefa.

Operasi itu berlangsung susulan pengumumannya baru-baru ini untuk menumpaskan rasuah melibatkan kes pembalakan serta perlombongan haram dan penyeludupan. – 29 September, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen