Menteri senyap kes doa Kristian di acara dihadiri muslim, kata NGO


Zaim Ibrahim

Azmi Jaafar berkata menteri perlu menyiasat kerana upacara itu bertentangan dengan perlembaggan yang menggariskan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2019.

SATU kumpulan NGO menggesa menteri menyiasat bacaaan doa Kristian di sebuah acara sekolah mubaligh yang didakwa satu usaha menyebar doktrin agama itu kepada murid Islam.

Pemimpin Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Azmi Jaafar berkata kerajaan perlu menyiasat kerana upacara itu bertentangan dengan perlembaggan yang menggariskan Islam agama rasmi persekutuan.

Katanya, beliau kesal kerana Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa masih berdiam diri dalam kes tersebut.

“Kenapa Maszlee Malik masih berdiam diri dalam soal ini dan kenapa menteri agama, Mujahid juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kami gesa menteri ambil berat isu ini kerana ia melibatkan soal akidah para pelajar sekolah,” katanya.

Dakwanya bacaan doa agama lain adalah satu kesalahan kerana acara penyampaian anugerah di sekoleh mubaligh tersebut adalah majlis rasmi kerajaan.

“Doa adalah kita minta kepada seseorang dan bagi umat Islam kita akan minta kepada allah dan sebut Nabi Muhammad Saw.

“Doa itu adalah seruan penyebaran agama Kristian dalam program tersebut, dan wakil gereja ketika membacakan doa menyebut nama Nabi Isa.

“Ini adalah cubaan mereka untuk angkat dakyah agama Kristian dalam doa,” kata beliau dalam satu sidang media di Butterworth, Pulau Pinang.

Upacara bacaan doa Kristian itu berlaku dalam majlis penyampaian anugerah sebuah sekolah mubaligh di sebuah kolej swasta semalam, yang dihadiri pelajar dan ibu bapa muslim.

Azmi berkata beliau hadir di acara tersebut dan mempunyai bukti bahawa doa agama Kristian dibacakan dalam upacara berkenaan.

“Dalam majlis itu, lima orang termasuk saya ada untuk mendengar sendiri doa tersebut dan satu rakaman video penuh doa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan,” katanya.

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang aktivis Mukhsin Latif semalam yang menuntut polis menyiasat pentadbiran sekolah berkenaan atas penganjuran upacara tersebut.

Kejadian itu berlaku dalam 8.30 pagi dan beliau membuat laporan polis pada 11.30 pagi.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah seorang bekas wakil rakyat Umno Dr Muhamad Farid Saad, wakil Perkasa, Pekida, Gabungan Bela Insan dan Silat Lincah Pulau Pinang.

The Malaysian Insight difahamkan wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Timur Laut Pulau Pinang pagi ini mengadakan pertemuan berasingan dengan guru besar dan barisan pentadbir, serta lembaga pengurus sekolah terbabit.

Pihak PPD juga difahamkan akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan Melayu yang membangkitkan isu berkenaan dalam masa terdekat.

Mengikut Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Namun, empat negeri belum menggubal enakmen kawalan dan sekatan penyebaran agama iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. – 28 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Dear Ministers Maszlee and Mujahid, please just IGNORE this nonsense by a so-called political activist. It is people like him who create trouble where there is peace. They do not like to see Muslims respect the faith of the other Malaysians. They cite the Constitution, but the Constitution does not say that Muslims must not respect the faiths of the non-Muslims. The Prophet did not say that, let alone order that. So, they do not respect the Prophet!
    I was in a Christian missionary school together with a lot of Malay boys and girls. These schools had special classes for children from Malay schools who wanted to continue education in English schools. After Std 3 in the Sekolah Melayu, they entered Special Malay 1 (SM1) in the English schools. Then SM2 and in the third year, i.e. Std 6, they combined with the English Medium students. Every morning, without fail, classes started with Christian prayers (The Lord's Prayer and Hail Mary). All the Malay children stood silently while the Christian children prayed led by the teachers. NO MALAY COMPLAINED. NO MALAY CHILDREN CONVERTED. If in Malay schools, non-Muslim students have to stand for the "doa", what is wrong if Muslim children have to stand while the Christian children prayed?
    If the Government orders any "investigation", it will be GIVING FACE (BERI MUKA) to the racists and bigots. For the sake of UNITY, stop "investigating" such reports so that the bigots and racists get the message that their racism and bigotry are not entertained in multi-racial Malaysia. Just look at East Malaysia, how the Malays/Muslims and Christians have been living with full respect for the faiths of each other.
    So the best action is to IGNORE this report. This is a very appropriate case for the police to classify as NFA (No Further Action). No need to open any file.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Ravinder Singh · Ulasan