Setiausaha agung Warisan nafi tekan wakil rakyat PBS sertai parti 


Jason Santos

Abdul Rahman Kongkawang semalam mengumumkan penyertaannya ke dalam parti Warisan dari PBS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2019.

PARTI pemerintah Sabah, Warisan, menafikan tuduhan bahawa ia menekan wakil rakyat pembangkang untuk keluar parti bagi mengukuhkan kedudukannya.

Setiausaha parti, Loretto Padua berkata parti itu mempunyai proses penilaian yang ketat bagi sesiapa yang memohon untuk menyertai Warisan.

“Proses ini tidak mudah, dan banyak menghabiskan masa dan banyak dokumen. Saya tidak buat kerja secara sambil lewa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Padua berkata demikian bagi memberi maklum balasnya terhadap tuduhan presiden Parti Bersatu Sabah Maximus Ongkili bahawa Warisan telah menarik perhatian wakil Labuk, Abdul Rahman Kongkawang dan ahli-ahli lain untuk menyertai parti pemerintah.

Rahman adalah wakil rakyat kedua PBS menyertai Warisan selepas wakil rakyat Tandek, Anita Baranting.

Beliau berkata bahawa Rahman yang mendekati Warisan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan pada Mei bagi menyertai parti itu.

“Rahman sebenarnya menghampiri kami semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan. Walaupun begitu, kami tidak pernah berkata ya dengan serta-merta.

“Jadi apabila Ongkili berkata kita tekan wakil rakyatnya masuk Warisan, itu adalah satu kebohongan. Sekiranya kita yang tarik Rahman, kita boleh umumkan sebelum ini, tetapi kita tidak! “

“Rahman menjelaskan secara jelas bahawa beliau ingin meneruskan proses pembangunan di kawasan Labuk. Tetapi dalam pembangkang dia tidak akan mampu melakukannya,” kata Lorreto.

Oleh itu, Lorreto berkata Ongkili adalah orang harus dipersalahkan kerana gagal mengekalkan ahli-ahlinya dan ahli dewan dalam parti, di samping turut menyifatkannya sebagai salah satu tanda kepimpinan lemah Ongkili. – 28 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen