5 juta rakyat negara OIC bakal dapat manfaat One Wash Fund, kata Azmin


Ragananthini Vethasalam

Azmin mengumumkan penubuhan dana itu pada Dialog Peringkat Tinggi di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-74 di New York. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2019.

SEKURANG-kurangnya 5 juta orang di 29 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan menerima manfaat daripada One Wash Fund, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

One Wash Fund ditubuhkan berdasarkan mekanisme pembiayaan inovatif untuk menarik modal pelabur dermawan dan swasta. Ia juga menggabungkan sumbangan kewangan Islam dengan pembiayaan tradisional penderma.

Dana ini merupakan inisiatif pembiayaan bersama antara Bank Pembangunan Islam (IsDB) dan Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

“Inisiatif bersama ini tepat pada masanya kerana anggaran global terkini menunjukkan bahawa penyakit kolera atau penyakit cirit-birit menjangkiti  orang  dalam masa setiap 10 saat dan program yang disokong oleh oleh dana ini dijangka dapat memperbaiki kehidupan 5 juta orang di 29 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), “katanya.

“Kami yakin penubuhan Dana ini akan membantu IsDB-IFRC memulakan era baru bagi pembiayaan pembangunan, membuktikan pembiayaan Islam dengan gandingan modal swasta dan bantuan pembangunan luar negara tradisional boleh mewujudkan kesan transformatif bagi masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Azmin berkata langkah itu adalah contoh kerjasama pelbagai pihak di mana organisasi yang mempunyai kekuatan, keupayaan dan kapasiti bekerja bersama untuk menyelesaikan isu global.

Beliau juga menegaskan mengenai peranan penting kerjasama antarabangsa yang ditunjukkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, di samping turut menambah bahawa semua pihak yang terlibat mesti berada dalam kedudukan yang sama dalam hal meningkatkan kesedaran dan rundingan mengenai kepentingan mereka.

Azmin mengumumkan penubuhan dana itu pada Dialog Peringkat Tinggi di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-74 di New York.

“Malaysia adalah satu-satunya negara Asia yang diberi penghormatan untuk membuat pengumuman inisiatif baru di Dialog Peringkat Tinggi. Inilah pengiktirafan hasil hubungan rapat yang kami nikmati dengan IsDB dan IFRC, “katanya dalam satu kenyataan. – 28 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen