Majlis Peguam gesa kerajaan permudah proses mohon visa pekerja asing


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam, M. Ramachelvam berkata proses permohonan visa pekerja asing sekarang terlalu leceh untuk diikuti oleh majikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 September, 2019.

PUTRAJAYA patut mempermudahkan proses permohonan visa bagi pekerja asing di negara ini agar dapat membantu membendung pertambahan bilangan pekerja asing tanpa dokumen, kata M. Ramachelvam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam berkata proses permohonan visa pekerja asing sekarang terlalu leceh untuk diikut oleh majikan.

“Salah satu aduan paling utama dalam skim pengurusan pekerja asing adalah masalah yang dihadapi oleh majikan untuk mendapatkan kelulusan bagi pekerja mereka. Terdapat banyak proses yang perlu dipatuhi (oleh majikan),” katanya.

Beliau berkata proses permohonan perlu lancar supaya lebih mudah bagi majikan memohon permit dan ia akan mengurangkan masalah besar pekerja asing tanpa izin di negara ini.

“Pekerjaan mesti lancar supaya ia mudah. Sekiranya anda menjadikannya lebih mudah, pekerja asing haram akan tidak akan berlaku lagi. Kita perlu menangani banyak pekerja tidak berdokumen di sini, dan menjadikan proses ini lebih mudah adalah salah satu cara untuk melakukannya.

“Apabila mereka sudah sah, hak mereka juga akan dilindungi,” katanya.

Bercakap kepada wartawan sebelum ini di Majlis Pelancaran Jawatankuasa Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam mengenai keadilan pekerja di Malaysia, Ramachelvam mencadangkan kerajaan perlu menentukan peratusan pekerja asing yang dibenarkan untuk diupah oleh enam sektor ekonomi. – 27 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen