Usahawan Bumiputera tidak perlu dilindungi, kata pakar ekonomi


Sheridan Mahavera

Banyak syarikat Bumiputera disenaraikan di Bursa Malaysia membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dan bekerja dengan golongan bukan Bumiputera, kata seorang ahli ekonomi politik – Gambar EPA, 25 September, 2019.

USAHAWAN Melayu dan Bumiputera boleh berdiri sendiri dan tidak lagi perlu dilindungi menerusi agenda pembangunan perniagaan tertentu, kata pakar ekonomi politik terkenal.

Prof Edmund Terence Gomez dari Universiti Malaya memberitahu The Malaysian Insight bahawa masyarakat Melayu kelas pertengahan telah menghasilkan usahawan berkeupayaan sejak 2000 apabila berjaya memulakan usaha sama dengan bukan Melayu.

Beliau juga berkata peningkatan jumlah usaha sama ini yang kebanyakannya dalam perkhidmatan kewangan dan firma teknologi telah disenaraikan di bursa saham Kuala Lumpur.

Cadangan Gomez dibuat setelah kerajaan Pakatan Harapan memulakan agenda pembangunan Melayu Bumiputera sendiri yang kelihatan sama dengan apa yang dilakukan oleh pentadbiran Barisan Nasional terdahulu.

Banyak kajian termasuk Gomez sendiri menunjukkan bagaimana rancangan BN untuk memupuk usahawan Bumiputera yang berjaya telah gagal disebabkan oleh rasuah, subahat dan sokongan politik.

Dalam buku jualan terbaiknya pada 1997 bertajuk “Malaysia’s Political Economy: Politics, Patronage, Profits”, Gomez mendedahkan bagaimana peluang perniagaan untuk orang Melayu sering dimonopoli oleh personaliti yang dikaitkan dengan ahli politik BN yang kuat.

Gomez prihatin bahawa dasar perniagaan baharu Bumiputera akan menjadi satu lagi medium untuk memberi ganjaran kepada pengikut setia Pakatan Harapan dan usahawan bukan Bumiputera yang berkebolehan. – 26 September, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen