Jual kepada warga asing atasi isu rumah tidak terjual, kata ahli ekonomi


Khoo Gek San

Penjualan kepada pembeli dari Hong Kong mampu mengurangkan lebihan unit kategori rumah mewah yang dihadapi sektor hartanah kini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 September, 2019.

MEMANDANGKAN jumlah hartanah kediaman tidak terjual yang banyak bernilai hampir RM20 bilion, cadangan Putrajaya menjual kepada warga asing di bawah Program Rumah Kedua (MM2H) akan membantu mengurangkan sebahagian stok pasaran yang mengalami tekanan dengan perkembangan terkini, kata seorang ahli ekonomi.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosioekonomi (SERC), Lee Heng Guie berkata kepada The Malaysian Insight, pembelian oleh warga Hong Kong akan mengurangkan lebihan unit kategori rumah mewah.

Menurut data SERC, terdapat lebih 32,936 unit kediaman yang tidak terjual bernilai RM19.96 bilion pada suku pertama tahun ini.

Sebanyak 4,331 unit berada dalam kategori mewah, berharga melebihi RM1 juta. Hartanah tidak terjual ini bernilai RM8.74 bilion dan menyumbang kira-kira 13.1% daripada jumlah unit tidak terjual.

Lee berkata kerajaan tidak boleh mengehadkan skim ini kepada hartanah mewah melebihi RM1 juta sahaja.

“Hartanah dalam lingkungan RM700,001 dan RM800,000 juga harus dibolehkan untuk bakal pembeli dari luar negara, terutama Hong Kong.

“Ini akan menarik lebih ramai orang membeli hartanah di sini,” katanya.

Langkah sedemikian juga akan membantu menangani masalah unit tidak terjual dalam segmen sederhana-pertengahan, katanya.

Ahli ekonomi itu berkata perkembangan terkini juga menambah tekanan kepada pasaran hartanah.

Bagi sektor pembinaan, pertumbuhan mengalami lingkaran ke bawah (downward spiral), penurunan tahun ke tahun sebanyak 4.2% pada 2018.

Mengenai kenyataan itu, Lee berkata Putrajaya sepatutnya mengambil beberapa langkah untuk menangani masalah lebihan penawaran, termasuk mengkaji semula had bagi pembeli asing, mengkaji Cukai Keuntungan Hartanah dan memperluaskan Kempen Pemilikan Rumah sehingga 31 Disember 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen