IA sesuatu yang luar biasa hujan turun lebat pada waktu sekarang. Ia juga jarang sekali menyaksikan perhimpunan politik ala pilihan raya pada malam hari bekerja sebelum demam pilihan raya bermula.
Tetapi malam tadi bukan malam biasa di Kampung Pandan Dalam yang terkenal dengan bengkel auto dan industri kecil.
Di tengah-tengah lorong sempit dan rumah kos rendah yang dibina pada 1970an untuk pekerja kerajaan, Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan terhadap Perdana Menteri Najib Razak di bekas kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini.
Bagi Zahrol Zainal Abidin, ia adalah malam istimewa yang wajar menerima usaha besar daripadanya yang sanggup datang berbaju hujan menaiki motosikal.
“Ini adalah kali pertama saya melihat dia secara langsung. Biasanya saya melihatnya dalam tv itu sahaja,” kata penghantar surat berusia 45 tahun itu.
Apabila ditanya apa yang mendorongnya hadir, Zahrol berkata dia mahu mendengar sendiri apa yang Dr Mahathir ingin sampaikan tentang hal ehwal semasa negara.
Apakah Dr Mahathir memberinya kesan?
“Ada kebenaran dalam apa yang dikatakannya malam ini. Kita tidak boleh terus mengundi mereka yang mencuri daripada kami. Mereka fikir kita tidak tahu dengan mencuba memberi kita BR1M (Skim Bantuan 1Malaysia) dan wang dan semua yang lain. Tetapi pemberian mereka tidak ikhlas,” kata Zahrol.
Selain Dr Mahathir, pemimpin Amanah, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Pandan-PKR Rafizi Ramli turut berucap pada ceramah itu yang pernah menjadi kerusi dan kubu kuat MCA.
Penceramah mengambil giliran bercakap tentang banyak persoalan mengenai saga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak berjawab dan bagaimana wang dipindahkan sebelum ia sampai ke akaun bank tertentu.
“Penyamun, penyangak, pencuri, perompak,” kata Dr Mahathir lagi dan lagi yang menerima tepukan gemuruh daripada 1,000 hadirin di dewan terbuka bersebelahan Masjid Nurul Hidayah.
Dan setiap kali dia mengulanginya, orang ramai bersorak. Semakin dia mencemuh Najib, lebih kuat mereka menjerit.
“Anda memanggilnya pencuri dan dia tersenyum pada anda. Dan dia juga menyanyi,” kata Dr Mahathir.
“Dia meminta rakyat Malaysia mempunyai moral dan budaya yang tinggi. Tetapi bagaimana dia? Seluruh dunia tahu dia mencuri wang rakyat,” katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata, Felda Global Venture juga satu muslihat.
“Tanah Felda digunakan untuk dimiliki peneroka. Tetapi tanah ini digadaikan untuk digunakan sebagai modal FGV. Peneroka terpaksa meminjam wang dan membeli saham pada RM4.50 tetapi saham itu kini RM2 sahaja.
“FGV sudah mula tidak mendatangkan wang. Dan kini peneroka Felda, yang tidak pernah ada pinjaman, berhutang RM5 bilion,” kata Dr Mahathir sambil meniru aksi Najib.
Mesej yang kerajaan tidak berlaku jujur bergema dengan Zahrol dan orang lain yang datang mendengar Dr Mahathir.
“Insha Allah saya akan mengundi untuk pembangkang kali ini,” akui pengundi BN itu.
Bagi bapa dan anak, Stephen Lam dan Wern Chung, apa yang Dr Mahathir katakan malam tadi bukan perkara baru. Mereka menyedari cabaran yang Najib dihadapi dalam skandal saga 1MDB.
“Saya datang untuk menyokong Tun,” kata Lam yang tinggal di kawasan sekitar Titiwangsa.
“Kami tidak sukakannya dahulu tetapi sekarang tidak lagi kerana dia menyertai pembangkang. Saya bersedia melupakan perkara lalu yang dilakukannya sebelum ini,” katanya yang berusia 54 tahun itu.
Juruteknik itu, bagaimanapun, tidak mahu mengulas lanjut mengenai mengapa dia tidak menyukai Dr Mahathir.
Bagi anaknya pula, yang akan mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya akan datang, mendengar Dr Mahathir bercakap merupakan satu inspirasi.
Seorang lagi bekas ahli Umno yang kini bertukar menjadi penyokong Amanah, Abdul Halim, 54, bersikap lebih diplomatik.
“Pemerintah tak betul. Dan rakyat ditindas,” katanya.
Tetapi Halim menyedari kesukaran untuk menamatkan kuasa dipegang BN.
“Walaupun Bersatu, PKR, DAP dan Amanah bekerjasama, ia memerlukan usaha khas untuk menukar kerajaan yang memerintah,” kata Halim.
Pendek kata, ia memerlukan lebih sekadar kata-kata penghinaan yang pedih untuk menjatuhkan penyandang. – 20 April, 2017.
Komen