Low hubungi Najib ketika mesyuarat TIA, kata saksi perbicaraan 1MDB


Bede Hong Alfian Z.M. Tahir

Bekas CEO TIA Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, Jho Low sudah biasa dengan susun atur di kediaman rasmi timbalan perdana menteri Najib Razak.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 23 September Ogos, 2019.

LOW Taek Jho diketahui menghubungi Najib Razak ketika mesyuarat Terengganu Investment Authority (TIA) bagi mendapatkan pandangan bekas perdana menteri itu, kata saksi perbicaraan 1MDB hari ini.

Bekas CEO TIA Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa, sebaik sahaja beliau dilantik ke jawatannya pada 23 Mac, 2009, beliau melihat Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, mempunyai “akses terus” kepada Najib.

“Sebagai contoh, ketika mesyuarat lembaga pengarah TIA, dia (Low) menghubungi Najib untuk mendapatkan pandangan dan panduan,” kata Shahrol.

Pada satu lagi mesyuarat yang diadakan pada 26 September, 2009, bagi membincangkan kerjasama dengan PetroSaudi International, Low yang menerima panggilan telefon daripada Najib.

“Jho Low memberikan telefon kepada pengerusi TIA ketika itu, Tan Sri Bakke Salleh, yang kemudian keluar dari bilik mesyuarat. Beliau kemudian kembali selepas itu dan memberitahu lembaga pengarah bahawa ia adalah perdana menteri.

“Banyak contoh yang mana Jho Low berkata, “Bos beritahunya itu, bos beritahunya ini.”

Saksi itu berkata, pada Mac, 2009. Low menjemputnya ke kediaman rasmi Najib di Seri Satria, Putrajaya ketika itu, untuk bertemu dengan CEO Mubadala, Khaldoon Al Mubarak.

Najib yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 3 April, 2009.

“Secara perlahan, saya melihat mereka sangat rapat. Satu pemerhatia yang saya buat adalah ketika Jho Low menjemput saya ke kediaman timbalan perdana menteri di Seri Satria, dia bawa saya terus ke pintu pagar.”

“Dia nampak seerti sudah biasa dengan susun atur dan ruang menunggu. Kakitangan di situ juga dilihat sudah biasa dengannya. Dia meminta ‘milo ais’ dan selepas itu kami berjumpa Datuk Seri Najib.”

Shahrol berkata, pertemuan itu adalah untuk bercakap dengan CEO syarikat minyak dan gas Mubadala, Maurizio La Noce.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa untuk memperkayakan dirinya dengan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dalam jumlah yang sama.

Shahrol yang membaca keterangan saksi hari ini berkata, Najib memberikan mandat kepada Low untuk merancang dan mengendalikan operasi di TIA dan kemudiannya 1Malaysia Development Berhad.

“Setiap kali Jho Low beri arahan, ia akan dipersetuji dan diluluskan oleh Najib sendiri. Malah, saya pasti Najib berikan dia (Low) mandat untuk merancang dan mengendalikan operasi TIA dan (kemudiannya) 1MDB dari belakang tabir, mengikut bicara dan pelan tindakannya,” kata Shahrol.

“Saya menganggap dia (Low) sebagai fasilitator antara Yang di-Pertuan Agong ketika itu Sutan Mizan Zainal Abidin, dan Najib yang mewakili kerajaan persekutuan.

“Dia (Low) adalah salah seorang daripada orang penting Najib dan dia menjaga kepentingan Najib dari awal hingga akhir.” – 23 September Ogos, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen