Perbicaraan pengubahan wang haram Riza Aziz kekal di Mahkamah Sesyen


Bede Hong

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Riza Shahriz Abdul Aziz untuk memindahkan perbicaraan pengubahan wangnya dari Mahkamah Sesyen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz untuk memindahkan perbicaraan pengubahan wangnya dari Mahkamah Sesyen.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan bahawa Mahkamah Sesyen cukup memenuhi syarat untuk mendengar kes Riza melibatkan RM248.17 juta (RM1.2 bilion) dalam dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tuduhan di bawah Seksyen 4(1) dibicarakan di Mahkamah Sesyen. Hakim Mahkamah Sesyen tidak kurang kompoten dan dapat menangani masalah yang rumit,” katanya.

Peguam bela sebelum ini membantah dan mahu kes dakwaan terhadap Riza, masing-masing yang difailkan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 melibatkan tuduhan jenayah yang rumit perlu didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi. 

Tarikh perbicaraan sebelum ini ditetapkan dari 6 hingga 16 Januari tahun depan. Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.

Riza diwakili Muhammad Shafee Abdullah manakala peguam Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya.

Pendakwa raya telah membantah permohonan itu dan mengatakan kes itu tidak rumit, tidak melibatkan isu perlembagaan dan perbicaraan itu akan menjadi ringkas. – 23 September, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen