Peguam persoal keperluan inkues kes tembak mati 3 lelaki


Noel Achariam

N Surendran berkata tiada fakta mencukupi mengapa pihak polis mahukan inkues dan bukannya siasatan jenayah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September, 2019.

KETUA Polis Negara Abdul Hamid Bador perlu menjelaskan mengapa inkues menjadi pilihan berbanding siasatan jenayah berhubung kemungkinan berlakunya tindakan menyalahi undang-undang oleh polis yang menembak tiga lelaki selepas didakwa melakukan rompakan bersenjata, kata peguam N. Surendran.

Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) mengatakan inkues biasanya diadakan apabila terdapat ketidakpastian mengenai punca kematian.

“Bagi siasatan jenayah polis yang boleh menentukan apa yang berlaku, tiada keperluan inkues,” kata Surendran kepada The Malaysian Insight.

Dalam kejadian 14 September di Batu Arang di Gombak, Selangor, polis berkata dua lelaki dikehendaki adalah anggota geng, sementara yang ketiga warga Sri Lanka, Jayaratnam Vijayaratnam yang juga pemegang status penduduk tetap Britain, mempunyai visa tamat tarikh.

Tetapi Surendran berkata tiada fakta mencukupi untuk menentukan mengapa pihak polis mahukan inkues dan bukannya siasatan jenayah.

“Polis mesti jelas menjelaskan mengapa inkues menjadi pilihan.

“Pada dasarnya IGSO (Perintah Tetap KPN) tidak membenarkan tembakan senjata api melainkan ada ancaman kepada nyawa polis atau orang awam, atau bahaya.” – 23 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen