PAKAR ekonomi memberikan amaran Putrajaya tidak akan mampu mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 3% untuk 2020 sekiranya bajet pengembangan dilaksanakan tahun depan.
Ini disebabkan fleksibiliti fiskal kerajaan yang terhad, kerana itu, kerajaan perlu menaikkan sasarannya daripada 3.3% kepada 3.4%, kata mereka.
Stanley Tan, ketua perbendaharaan global di Bank OCBC (Malaysia) Berhad berkata Kementerian Kewangan dijangka tidak mampu memenuhi komitmen awal untuk mengurangkan sasaran defisit fiskal kepada 3% daripada KDNK negara pada 2020.
Tambahnya, kemungkinan besar defisit fiskal akan kekal pada tahap 3.4% daripada KDNK pada 2020, iaitu sasaran sama untuk 2019.
Tan memberitahu The Malaysian Insight yang tahap hutang negara juga setanding dengan negara maju dibandingkan dengan negara dalam kumpulan ekonomi yang sama.
Malaysia juga katanya bergelut dengan beberapa masalah fiskal disebabkan kerajaan baharu perlu mengatasi pelbagai hutang langsung dan tidak langsung, komitmen, jaminan seperti dalam skandal 1MDB dan pelbagai lagi liabiliti terhad yang perlu diatasi.
Menurut data Bank Negara Malaysia, liabiliti semasa kerajaan berada pada tahap RM799.11 bilion pada hujung suku kedua tahun ini.
Bagaimanapun, Tan berkata dasar monetari bersesuaian akan memastikan situasi kewangan negara terus menyokong ekonomi untuk berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi global.
“Langkah populis yang meluas mungkin boleh dilaksanakan untuk memujuk kelompok 20% pencarum terbanyak KWSP, misalnya, untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka hanya selepas caruman mereka RM1 juta – bagi merancakkan pelaburan swasta dan perbelanjaan dalam negara – yang mana juga akan memastikan bayaran dividen kepada kelompok 80% pencarum terendah dapat dinaikkan, mereka berdepan dengan pulangan rendah pendapatan pelaburan KWSP,” tambahnya. – 21 September, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen