Kerajaan ambil tindakan syarikat Malaysia terlibat kebakaran hutan, kata PM


Chan Kok Leong

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata syarikat perlu bertanggungjawab terhadap kebakaran di tanah mereka walaupun ia terletak di luar negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 18 September, 2019.

KERAJAAN akan menghukum syarikat Malaysia yang bertanggungjawab dalam kebakaran untuk tujuan pembersihan tanah di Indonesia, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Kita mahu bertindak terhadap syarikat Malaysia yang mempunyai estet di luar negara yang menyumbang kepada jerebu akibat pembakaran di estet mereka.

“Kita akan meminta mereka mengambil tindakan untuk memadamkan kebakaran.

“Sekiranya mereka enggan, kita mungkin perlu buat undang-undang baru,” kata perdana menteri kepada pemberita di luar acara pelancaran Rangka Dasar  Luar Negara Malaysia di Wisma Putra hari ini.

Syarikat perlu bertanggungjawab terhadap kebakaran di tanah mereka walaupun ia terletak di luar Malaysia, kata Dr Mahathir. – 18 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen