TAHAP kesedaran tentang penyakit spina bifida yang merupakan kecacatan saraf tunjang masih rendah di Malaysia di mana keadaannya menjejaskan hampir satu dalam setiap 1,000 kelahiran hidup, kata Persatuan Spina Bifida Malaysia (Sibiam).
Keadaan ini adalah disebabkan kecacatan tiub neural di mana lajur tulang belakang tidak terbentuk dengan betul yang membawa kepada masalah pergerakan, pundi kencing dan pergerakan usus.
Penggunaan kateter mungkin diperlukan untuk membantu menyingkirkan bahan buangan dari badan.
Tiadanya rawatan menyebabkan bayi dengan spina bifida mungkin tidak dapat bertahan selama seminggu.
Terdapat tiga kategori spina bifida yang dikenali sebagai okulta, meningocele dan myelomeningocele.
Naib Presiden Persatuan Profesor Dr Amara Naicker memberitahu The Malaysian Insight bahawa tahap kesedaran orang ramai tentang penyakit itu masih rendah.
Beliau berkata terdapat kes di mana pesakit tidak tahu apa yang dihadapinya dan malah salah didiagnosis oleh doktor dengan penyakit berbeza.
“Mereka (ibu bapa) datang kepada kami selepas bertahun-tahun mengatakan, kami diberitahu anak kami ada polio atau perkara-perkara seperti itu.
“Tak semua orang yang didiagnosis spina bifida sedar hal itu,” katanya merujuk kepada pesakit yang menerima rawatan pesakit luar. – 16 September, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen