Kualiti udara di Johan Setia sangat tidak sihat 


Ragananthini Vethasalam

Keadaan jerebu yang teruk di Johan Setia, Klang memaksa sekolah di kawasan berkenaan ditutup.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 13 September Ogos, 2019.

INDEKS pencemaran udara (IPU) di Johan Setia Klang masih mencatatkan paras sangat tidak sihat iaitu pada bacaan 243 setakat pukul 5 petang hari ini.

30 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU melebihi 100 namun masih di bawah paras 200.

Ini termasuk Sungai Petani (105), Kulim hi-tech (106), Seberang Jaya (103), Minden(108), Balik Pulau (102), Tasek Ipoh (134), Pagoh Ipoh (112) dan Seri Manjung( 141) di utara.

Kuching (117), Batu Muda (168), Cheras (156), Putrajaya (166), Kuala Selangor (113), Petaling Jaya( 155), Shah Alam(146), Klang (147), Banting (153), Nilai (157), Seremban (128), Port Dickson (132),  Alor Gajah (124),  Bukit Rambai (129),  Bandaraya Malacca (124), Segamat (129), Batu Pahat (115), Kluang and Larkin (104), Tangkak (156), Rompin(180), dan Temerloh (117) — merupakan antara kawasan yang turut mencatatkan bacaan kualiti udara tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Proses pembenihan awan telah dijalankan di Sarawak semalam.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin menerusi Facebooknya berkata, proses berkenaan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Sementara itu, Malaysia menyatakan kebimbangannya kepada Indonesia berhubung kesan jerebu rentas sempadan ke atas rakyatnya dan menawarkan bantuan bagi memadamkan kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera.

Yeo berkata ini telah disampaikan kepada Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Agus Badrul Jamal dan Kaunselor Penerangan dan Sosial Budaya, Agung Cahaya Sumirat pada Selasa.

Pertemuan itu turut disertai timbalannya Isnaraissah Munirah Majilis dan Menteri Luar, Saifuddin Abdullah.

“Dari segi diplomatik, kami mendapat maklumat terkini daripada Kementerian Luar bahawa Duta Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar mengadakan pertemuan dengan para pegawai kanan Indonesia semalam untuk berbincang tentang jerebu rentas sempadan yang ketika ini menjejaskan Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Facebook.

Yeo berkata kerajaan Indonesia menyelaraskan dengan institusi berkaitan untuk memastikan tindakan bersepadu diambil bagi menangani punca sebenar masalah itu dan menyatakan komitmennya bagi menguruskan masalah jerebu rentas sempadan.

Sementara itu, media Indonesia melaporkan pihak berkuasa Indonesia menamakan anak syarikat perladangan Malaysia yang didakwa terlibat dalam pembakaran hutan di Riau.

Tanah milik syarikat berkenaan di daerah itu turut disita oleh pihak berkuasa negara itu yang sedia untuk memfailkan pendakwaan.

Pihak berkuasa Indonesia mendakwa PT Adei Plantation, iaitu ana syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), memulakan pembakaran di tanahnya untuk proses penanaman.

Ketua Polis Indonesia Ronny F Sompie berkata syairkat berkenaan didakwa menjalankan pembakaran di kawasan tanahnya di Riau. – 13 September Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen