DEWAN Negara ada ruang untuk pelbagai senator, kata aktivis hak wanita terkemuka Ivy Josiah yang diramal akan dilantik menjadi Senator pada bulan hadapan.
“Adalah baik untuk mempunyai senator yang mempunyai ruang untuk masyarakat sivil dan mempunyai perwakilan jantina yang baik.
“Mereka tidak semestinya perlu datang dari pencalonan parti…untuk mewakili kawasan pilihan raya dan isu yang berlainan,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insigt di luar Forum ke-20 Suhakam.
MalaysiaKini memetik sumber kerajaan bulan lalu berkata Josiah adalah calon senator.
“Jika saya dipilih, ia akan menjadi penghormatan yang luar biasa,” kata Setiausaha Agung Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) itu.
Buat masa ini terdapat tiga tempat kosong. Sehingga 6 Oktober, sehari sebelum mesyuarat Parlimen bermula, tiga lagi kerusi akan dikosongkan selepas Khairuddin ES Abdul Samad, Megat Zulkarnain Omardin dan Yahya Mat Ghani menamatkan tempoh tiga tahun mereka.
Ketiga-tiganya dilantik mewakili Umno. Khairuddin sejak itu telah masuk parti Bersatu. – 12 September, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen