Keputusan tangguh saman Siti Kassim terhadap Jawi 9 Oktober ini


Bede Hong

Peguam Siti Kassim kini berdepan perbicaraan jenayah kerana menghalang seorang pegawai Jawi yang mengadakan serbuan pada pertandingan ratu cantik transgender. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 9 Oktober ini sama ada untuk menangguhkan saman sivil yang difailkan oleh peguam Siti Kassim terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menunggu keputusan perbicaraan jenayah yang berkaitan.

Peguam hak asasi manusia itu kini sedang berdepan perbicaraan jenayah kerana menghalang seorang pegawai dalam satu serbuan yang diadakan Jawi pada pertandingan ratu cantik transgender yang diadakan di Hotel Renaissance di Kuala Lumpur pada 3 April 2016.

Pada 1 April tahun ini beliau memfailkan saman sivil berasingan terhadap Jawi dan 18 yang lain termasuk 15 pegawai penguatkuasa Jawi dengan mengatakan penangkapan mereka melanggar hak perlembagaan. 

Turut dinamakan dalam saman itu adalah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa dan kerajaan Malaysia.

Untuk menyokong kes tuntutan sivilnya peguam Siti Surendra Ananth berkata pasukan perundangannya kini memantau perkembangan dalam perbicaraan jenayahnya yang berlangsung sejak pertengahan 2017.

“Kes pendakwaan kini sedang berada di peringkat saksi terakhir.

“Permohonan Siti untuk menangguhkan saman sivil difailkan pada 14 Jun tahun ini,” katanya.

Pesuruhjaya Kehakiman Latifah Mohd Tahar akan memutuskan bulan depan sama ada untuk membenarkan permohonan itu. – 12 September, 2019.

Berita penuh di sini. 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen