Tanpa isu Najib, Pakatan masih berdepan cabaran besar PRU15


Chan Kok Leong

Pakatan Harapan perlu bertanding berdasarkan merit dan rekodnya sendiri dalam PRU15 kerana rakyat akan menilai prestasinya dalam mentadbir negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2019.

PAKATAN Harapan (PH) akan berdepan cabaran lebih sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis politik.

Apa yang lebih penting bagi PH adalah prestasinya dalam tempoh tiga tahun setengah akan datang, kata mereka.

Mereka berkata demikian sebagai respons kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Selasa yang ia akan menjadi lebih sukar bagi PH untuk memenangi PRU15 tanpa Najib Razak.

Perdana menteri berkata, PH mampu memperoleh kemenangannya dalam PRU14 disebabkan faktor Najib.

Tambahnya, Najib menjadi isu utama semasa PRU14. Bagaimanapun dalam PRU15, rakyat akan menilai prestasi PH.

Dr Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM) memberitahu The Malaysian Insight bahawa tanpa isu Najib pada PRU15, PH perlu bertanding berdasarkan merit dan rekodnya sendiri kerana ia adalah kerajaan semasa.

“Menyingkirkan Najib adalah tumpuan utama dalam PRU14. Ini jelas, malah di kalangan pengundi tradisi BN ada yang mengundi pembangkang, PH atau PAS,” kata Azmil.

“Tanpa beliau, semuanya akan tertumpu kepada PH,” kata Azmil, pakar dalam politik perbandingan dan teori politik.

Penolong Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Lau Zhe Wei berkata Najib sememangnya sasaran mudah bagi PH semasa PRU14, tetapi memberi amaran beliau “tidak boleh diganti”.

“Masih ada presiden Umno sekarang Dr Ahmad Zahid Hamidi,” kata pensyarah UIA dengan optimis walaupun seperti Najib, bekas timbalan perdana menteri juga menghadapi tuduhan jenayah bagi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Najib kini sedang berdepan dua perbicaraan kes mahkamah kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan 1Malaysia Development Bhd dan SRC International Sdn Bhd. Jika didapati bersalah, beliau boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

“Tidak mustahil PH akan kalah PRU15 jika ia terus memungkiri janjinya, berbalah antara satu sama lain dan mengabaikan suara penyokong mereka,” kata Azmil.

Ditambah dengan kekecewaan pengundi bukan Melayu, yang mungkin tidak akan mengambil bahagian dalam PRU15, pengundi Melayu mungkin akan kembali kepada dua parti Melayu-Islam terbesar, PAS dan Umno. – 12 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen