Malaysia tawar bantuan kepada Indonesia padam kebakaran hutan


Malaysia sekali lagi menyuarakan kebimbangan mengenai kesan jerebu rentas sempadan berterusan kepada rakyat negara ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 10 September, 2019.

MALAYSIA sekali lagi menyuarakan kebimbangan mengenai kesan jerebu rentas sempadan berterusan terhadap rakyat negara ini dan menawarkan bantuan untuk memadam kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, kata Yeo Bee Yin. 

Perkara itu disampaikan menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu pada pertemuan dengan wakil dari Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia, Agus Badrul Jamal dan Agung Cahaya Sumirat di pejabat kedutaan itu hari ini.

“Kami menerima maklumat terkini dari Kementerian Luar, Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar bertemu dengan pegawai tinggi Indonesia semalam untuk membincangkan isu jerebu yang menjejaskan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Menurut Yeo, kerajaan Indonesia sedang membuat penyelarasan dengan agensi-ganesi berkaitan bagi menangani isu jerebu rentas sempadan.

Kerajaan Indonesia mengerah seramai 1,994 anggota keselamatan di Sumatera dan seramai 860 lagi di Kalimantan, serta 1667 sukarelawan untuk memadam kebakaran hutan, katanya.

Tambah beliau, sebanyak 16 buah helikopter di hantar ke Kalimantan untuk melepaskan air di beberapa kawasan strategik. Pasukan penguatkuasa juga dihantar untuk menangkap mereka yang terlibat dalam akvititi pembakaran haram, kata Yeo.

Cuaca panas kering dan musim monsun barat daya memburukkan lagi kesan jerebu di Malaysia. – 10 September, 2019.

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen