Serena tewas di tangan remaja dalam kejohanan Terbuka AS


Bianca Andreescu, 19, mencium piala Grand Slam dimenanginya selepas menewaskan Serena Williams dalam pertandingan akhir Terbuka AS. – Gambar EPA, 8 September, 2019.

REMAJA berusia 19 tahun, Bianca Andreescu menjadi juara kejohanan Grand Slam dari Kanada yang pertama pada Sabtu dengan 6-3, 7-5, menewaskan juara 23 kali Serena Williams dalam pertandingan akhir Terbuka AS.

Andreescu menjadi pemenang termuda Grand Slam sejak Maria Sharapova menang pada Terbuka AS 2006, memadamkan impian Williams meraih kejuaraan ke-24 dalam kejohanan itu, dan juga kekalahan keempat berturut-turut dalam pertandingan final.

Williams, 37, sebelum ini pernah tewas di tangan pemain muda, Naomi Osaka tahun lalu.

Tampil dalam pertandingan final Grand Slam ke-33 dan keempat sejak kejuaraannya yang ke-23, Williams memulakan langkah dengan canggung di Stadium Arthur Ashe Stadium dengan melakukan dua kesalahan.

Andreescu, yang belum lahir pun ketika Williams menang kali pertama kejohanan itu pada Terbuka AS 1999, memulakan pertandingan dengan lebih selesa. – AFP, 8 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen