Laporan siasatan forensik UK berhubung video seks diserah kepada Agong 


Ravin Palanisamy

Laporan Verden Forensics UK dihantar ke Istana Negara dengan harapan dapat menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 September Ogos, 2019.

SALINAN laporan forensik berhubung video seks yang didakwa membabitkan seorang menteri dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai usaha untuk menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap lelaki dalam video berkenaan.

Laporan forensik yang dibuat oleh Verden Forensics UK diserahkan ke Istana Negara hari ini oleh sekumpulan 50 wakil Sekretariat Suara Rakyat (SSR) dan Bangkit.

Laporan itu dibuat secara bebas oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam bagi memastikan ketulenannya.

Klip video berkenaan memaparkan seorang individu mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Haziq mengaku beliau merupakan salah seorang lelaki dalam video berkenaan manakala Azmin menafikan dirinya dalam video itu dan mendakwa video berkenaan hanya cubaan untuk memusnahkan karier politiknya.

Aktivis Mohamad Ali Mohamad ketika bercakap kepada pemberita di Istana Negara hari ini berkata, beliau menjangkakan Yang di-Pertuan Agong akan emainkan peranannya dalam menegakkan undang-undang.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan raja berperlembagaan, kami percaya suara rakyat adalah yang paling utama kerana kami mahu mencari keadilan untuk semua rakyat di negara ini, sama ada dari golongan bawahan, pertengahan dan atasan.

“Walaupun kepada seorang menteri, beliau tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang. Kami tidak mahu begitu,” katanya.

Menurutnya, beliau menjangkakan perdana menteri dan ketua polis negara akan mengambil tindakan terhadap Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

“Kami telah menghantar banyak kali dapatan ini kepada perdana menteri. Kami harap beliau akan mengambil tindakan. Saya harap (Ketua Polis Negara) Abdul Hamid Bador dapat mengambil tindakan tegas. – 4 September Ogos, 2019.

Berita penuh di sini. 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen