AHLI Parlimen perlu kerap turun ke kawasan sendiri untuk mempromosikan perpaduan kaum ketika ketengangan kaum yang semakin meningkat, kata Michelle Ng.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya itu berkata usaha itu akan membantu proses pembelajaran dan pemahaman antara agama.
“Kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dengan agama yang berbeza, jadi satu keperluan untuk kita mengenali antara satu sama lain bagi mengatasi perkara yang kita tidak tahu.
“Ini kerana pihak bahawa yang sering rasa takut dan bimbang (terhadap agama lain),” katanya selepas menghadiri forum antara agama “Break the Ice, Not The Ties” yang dianjurkan Pertubuhan Minda Progresif.
Ng berkata forum antara agama merupakan cara yang baik untuk berkongsi maklumat kepada rakyat dan merapatkan hubungan masyarakat.
“Kita perlu menghadapi perbincangan yang sukar dan, saya selalu menggalakan penduduk untuk keluar dari zon selesa dan memahami tentang agama lain,” katanya.

Ng berkata beliau amat sedih dengan segelintir pihak memainkan isu agama dan kaum dalam bulan kemerdekaan.
“Saya fikir kita sudah mengatasi perbezaan kita, tetapi sejak kejadian baru-baru ini, ia menunjukkan kita perlu menempuh jalan yang jauh.
“Dengan wujudnya komen perkauman, saya percaya jika kita berusaha keras, kita mampu mengatasi isu ini secara bersama.”
Beliau berkata adalah lebih baik jika ahli Parlimen turun ke padang dan bertemu rakyat.
“Semua ahli politik perlu memainkan peranan dan bertemu rakyat di forum antara kaum, sesi town hall dan dihadiri pemimpin masyarakat tempatan.” – 31 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen