Maybank mohon mencelah saman kerajaan terhadap 4 individu berkaitan Jho Low


Bede Hong

Hakim memberitahu Maybank agar memfailkan permohonan rasmi untuk turut sama dalam tuntutan pelucuthakan itu, dan menetapkan pengurusan kes pada 15 November. – Gambar EPA, 30 Ogoa, 2019.

MAYBANK meminta untuk mencelah dalam saman kerajaan bagi mendapatkan semula RM2 juta daripada individu yang dikaitkan dengan Low Taek Jho, termasuk bapanya, Larry Low, yang akaunnya dibekukan oleh pihak berkuasa akaun sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Peguam Muhammad Al Muazzim Azmi Amin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bank itu menamakan empat pihak dalam tuntutan mereka iaitu Larry, bekas pegawai bank Goldman Sach; Roger Ng Chong Hwa dan isterinya; Lim Hwee Bin dan Kee Kok Thiam.

Maybank menuntut RM35,510.46 daripada Larry; RM666,498.52 daripada Ng dan isterinya, dan RM1.29 juta daripada Kee, yang merupakan sekutu Low.

Tuntutan terhadap Larry difailkan kepada syarikatnya, Rembulan Kembara Sdn Bhd.

Hari ini adalah tarikh akhir bagi pihak ketiga bertindak balas terhadap saman pelucuthakan aset kerajaan, yang difailkan terhadap 18 pihak termasuk bekas perdana menteri Najib Razak.

Hakim Mohd Zaini Mazlan memberitahu bank agar memfailkan permohonan rasmi untuk turut sama dalam tuntutan pelucuthakan itu, dan menetapkan pengurusan kes pada 15 November.

Ng diekstradisi ke Amerika Syarikat dan menuntut perbicaraan bagi pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah. Nama Kee muncul semasa perbicaraan SRC International sebagai sekutu Low.

Larry dipercayai melarikan diri ke luar negara. Polis juga memburu anaknya, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk disoal siasat berhubung skandal kewangan 1MDB. – 30 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen