PARTI Bersatu yang merupakan parti melayu dalam Pakatan Harapan menangguhkan pemilihan parti ke tahun depan.
Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemilihan parti peringkat cawangan akan bermula dari 25 Januari hingga 25 Mac manakala pemilihan peringkat bahagian dan mesyuarat tahunan akan bermula pada 4 April.
Pemilihan di peringkat nasional akan diadakan pada 20 Jun tahun depan, umum Dr Mahathir kepada media hari ini.
Ini merupakan pemilihan parti pertama sejak ia ditubuhkan pada September 2016.
Tambahnya hanya mereka yang membayar yuran keahlian dua tahun akan dibenarkan hadir pada perhimpunan agung tahunan.
Laporan yang lepas telah menyarankan bahawa Bersatu akan menangguhkan pemilihannya di peringkat nasional bagi membolehkan cabang dan bahagiannya ditubuhkan. – 29 Ogos, 2019.
Komen