Kadar kemiskinan Malaysia tidak seburuk dakwaan PBB, kata Dr Mahathir 


Sheridan Mahavera

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika bercakap pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2019.

KADAR kemiskinan di Malaysia tidak seburuk yang didakwa pegawai kanan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan kesimpulan oleh pelapor khas PBB mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia, Profesor Philip Alston bahawa garis kemiskinan di negara ini perlu diubah.

“Ia tidak seburuk seperti yang dikatakan oleh beberapa orang yang datang untuk tinggal satu hari di hotel mewah dan memberi penilaian,” kata Dr Mahathir secara sinis berhubung dapatan Alston dan pasukannya.

Alston berkata Malaysia terkhilaf dalam pengiraan jumlah sebenar orang miskin disebabkan kaedah pengiraan kemiskinan yang digunakan lebih sesuai untuk era 1970-an.

Menurutnya sarjana asing dan tempatan yang mengkaji kemiskinan Malaysia pada masa sekarang berkata tahap kemiskinan lebih realistik dalam negara adalah sekitar 15% hingga 20%.

“Dakwaan semasa kerajaan yang kadar kemiskinan adalah 0.4% tidak menggambarkan hubungan sebenar dengan realiti di lapangan,” kata Alston kepada wartawan di sebuah forum kemiskinan di Malaysia anjuran PBB di Kuala Lumpur hari ini.

“Penegasan yang kadar kemiskinan hanyalah 0.4% atau hanya 25,000 isi rumah Malaysia mengekang pembentukan dasar yang berkesan untuk disasarkan kepada kesusahan dan kemiskinan,” kata Alston. – 29 Ogos, 2019.


Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen