MASIH ada masa untuk mengubah ekonomi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Setiausaha agung DAP itu berkata, Pakatan Harapan telah menggariskan rancangan tiga tahun untuk mengubah ekonomi.
“Kita masih ada masa jadi saya fikir kita tunggu dan lihat selepas empat tahun,” katanya dan menambah pakatan pemerintah mempunyai lima tahun untuk menghabiskan penggal.
Lim berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Rais Hussin Mohamed Arif semalam bahawa Pakatan Harapan akan kalah jika pilihan raya diadakan esok.
Lim berkata, semua orang berhak untuk memberi pandangan mengenai ekonomi.
“Rais Hussin beri beberapa pandangan, kamu hanya ambil sebahagian sahaja, beliau juga bercaap mengenai perkara lain,” kataya merujuk kepada laporan media.
Jika saya merujuk apa yang beliau katakan, ia mungkin menyentuh beberapa pemimpin lain, saya tidak mahu mengulas mengenainya kerana ia agak sensitif kepada pemimpin lain.”
Bagaimanapun, Lim berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah melebihi jangkaan.
KDNK Malaysia mencatat pertumbuhan 4.95 pada suku kedua tahun ini, berbanding 4.5% pada suku sebelumnya. – 29 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen