HAKIM bebas dalam menentukan keputusan kes tanpa sebarang campur tangan politik, kata Ketua Hakim Md Raus Sharif.
“Sejauh mana kebebasan badan kehakiman, saya boleh beri jaminan kami sangat bebas, bebas daripada campur tangan politik.
“Bahan, kamu boleh tanya hakim yang dilantik dari Majlis Peguam - (hakim Mahkamah Rayuan bersara) Mah Weng Kwai, (Mohamad) Ariff Md Yusof dan beberapa lagi yang lain.
“Kamu boleh tanya mereka sekiranya terdapat campur tangan, yang mana orang atasan meminta mereka membuat keputusan sesuatu kes.
“Kamu boleh tanya sama ada ketua hakim atau presiden Mahkamah Rayuan mengarahkan mereka, ‘hey, ini kes penting, kamu perlu buat macam ini’.
“Saya boleh jamin…kami beritahu hakim, ‘kamu tentukan berdasarkan undang-undang’. Dan sekiranya perlu, sebagai contoh dalam mahkamah majistret atau Mahkamah Tinggi, sekiranya timbalan pendakwa raya tidak setuju, mereka bebas untuk membuat rayuan (di Mahkamah Tinggi),” katanya pada satu forum bertajuk ‘Judicial Reforms by the Malaysian Judiciary’ di Kuala Lumpur hari ini.
Menyentuh mengenai persepsi awam yang menyatakan kehakiman condong kepada parti memerintah, beliau berkata terdapat kes di mana pihak kehakiman memutuskan untuk menyokong parti pembangkang dan menentang pendakwaan kerajaan.
Beliau turut menggesa media untuk memperbetulkan persepsi awam yang menyatakan badan kehakiman memihak dan dikompromikan.
Beliau berkata para hakim mahkamah tinggi tidak pernah campur tangan dalam perkara di mahkamah rendah, mahupun mengarahkan hakim mahkamah rendah mengenai bagaimana untuk memutuskan kes-kes.
“Mereka (hakim) bebas untuk menentukan, bebas dalam membuat keputusan, namun yang pastinya mereka tidak bebas dalam budaya kerja mereka.
“Kami menentukan budaya kerja. Tetapi sebagaimana yang diketahui, mereka bebas.
“Kamu boleh tanya hakim sekiranya terdapat individu daripada kemnetrian yang memberikan mereka arahan.”
Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin mencetuskan kontroversi apabila tempoh perkhidmatan mereka dilanjutkan oleh Pejabat Perdana Menteri kepada masing-masing tiga dan dua tahun, pada 7 Julai.
Mereka dilantik ke jawatan kini pada 1 April, dan sepatutnya bersara pada umur 66 tahun enam bulan pada 3 Ogos (Raus) dan 27 September (Zulkefli).
Majlis Peguam kemudiannya mengadakan mesyuarat agung tergemar pada 3 Ogos untuk membiincangkan perkara itu, dan memutuskan akan memfailkan saman bagi mencabar lanjutan tempoh yang tidak pernah berlaku itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said dan bekas ketua hakim Arifin Zakaria mempertahankan lanjutan tempoh itu sebagai berperlembagaan.
Dalam ucapan 50 minit Raus hari ini, beliau memfokuskan kepada kejayaan badan kehakiman mempercepatkan proses kes.
“Hampir 100% kes mahkamah majistret dan 95% kes di mahkamah sesyen, kedua-duanya sivil dan jenayah, diselesaikan dalam tempoh yang ditentukan (antara sembilan hingga 12 bulan).
Di Mahkamah Tinggi katanya 91% kes sivil diselesaikan dalam tempoh sembilan bulan dan 92% kes jenayah diselesaikan dalam 12 bulan.
Katanya, di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan hanya 55 dan 59 kes yang dimulakan sebelum tahun lepas masih tidak selesai.
Jumlah kes yang belum selesai yang dimulakan sebelum tahun lalu adalah 1,868 kes jenayah dan sivil di Mahkamah Tinggi, 854 kes di mahkamah sesyen dan 182 di mahkamah majistret.
Raus berkata badan kehakiman menyasarkan untuk menyelesaikan kes tertangguh hingga akhir tahun ini.
Program yang dianjurkan oleh Institut Kewartawanan Malaysia itu dihadiri oleh lebih 100 orang. – 10 Oktober, 2017.
Komen