Politik identiti tidak akan ke mana, kata pemimpin dua pihak


Ragananthini Vethasalam

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, selai politik identiti, kemenangan pada pilihan raya kecil baru-baru ini memberi kelahiran kepada kerjasama antara blok PAS dan Umno.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Ogos, 2019.

POLITIK identiti akan terus mendominasi dua pilihan raya umum akan datang, kata pemimpin politik kedua-dua belah pihak.

Bagi Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, selain pemainan politik identiti akan berterusan, kemenangan pada pilihan raya kecil baru-baru ini memberi kelahiran kepada kerjasama antara blok PAS dan Umno.

“Pilihan raya kecil ini tidak akan menentukan keputusan pilihan raya umum akan datang, tetapi pilihan raya kecil ini telah menentukan apa yang akan berlaku,” katanya dalam satu forum hari ini.

Tambahnya, kerjasama antara dua parti Melayu Islam itu akan menentukan apa yang berlaku pada pilihan raya umum akan datang yang akan berpusat di tengah politik identiti.

“Sudah tentu ia bukan sesuatu yang saya setuju. Saya tidak suka politik identiti, saya percaya anda boleh menang dari tengah,” katanya.

Menyentuh mengenai elemen kaum dalam politik, Khairy berkata sukar untuk menghilangkan sepenuhnya politik etnosentrik.

Mengambil penubuhan Bersatu sebagai contoh, Khairy berkata Dr Mahathir Mohamad berusaha ke arah menubuhkan parti yang sama dengan Umno dari segi keahlian etnosentriknya.

“Ia mencerminkan pemikiran Dr Mahathir bahawa politik masih lagi dilihat begitu dan itulah bagaimana majoriti rakyat Malaysia masih melihat isu politik sudut etnik,” katanya.

“Saya tidak fikir (politik kaum) yang akan berubah dalam hidup kita. Saya fikir ia masih akan wujud di zaman kita,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy berkata pengganti Dr Mahathir, Anwar Ibrahim mempunyai keberanian untuk menubuhkan parti berbilang kaum.

“Apa sahaja yang kamu katakan mengenai Anwar, beliau mempunayi keberanian untuk tubuhkan parti berbilang kaum apabila dipecat daripada Umno,” katanya merujuk kepada PKR.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara yang sama juga telah dilakukan terhadap ahli Parlimen Port Dickson itu kerana menubuhkan PKR, telah menyebabkan beliau hilang sokongan Melayu yang lebih cenderung ke arah PAS dan Umno.

“Mungkin dalam pimpinan Anwar, jika ini berlaku, kamu dapat melihat pengukuhan politik berbilang kaum, atau kerana beliau lemah mengenainya (sokongan Melayu), kamu mungkin melihat PAS dan Umno menyerangnya dari segi itu, dan politik identiti mungkin menjadi yang paling teruk,” tambahnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Dr Rais Hussin Mohamed Ariff yang turut menjadi panel pada forum itu berkata, politik identiti akan teru menjadi tema pada sekurang-kurangnya dua pilihan raya umum akan datang.

“Sekurang-kurangnya pada dua pilihan raya umum akan datang, suka atau tidak ia akan dipacu oleh persepsi. Politik identiti akan memacu dua pilihan raya umum akan datang,” katanya.

“Kaum, agama dan raja akan menjadi faktor sekurang-kurangnya pada dua pilihan raya umum akan datang,” tambahnya. – 28 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen