KEMENANGAN pakatan Umno-PAS pada tiga pilihan raya kecil (PRK) yang lalu mempercepatkan “perkahwinan” antara dua bekas pesaing itu, kata wakil rakyat Umno, Khairy Jamaluddin.
Bekas menteri itu berkata pakatan antara dua parti Melayu-Islam itu adalah kesan langsung daripada kemenangan PRK.
“Jika anda Umno dan PAS, dan anda sedar ini adalah formula kemenangan, anda perlu kekalkan ia,” katanya pada satu sesi panel, “Adakah PRK Ramalkan Keputusan PRU15” hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata hasil kerjasama yang berjaya itu akan menyaksikan kedua-dua parti mengumumkan piagam untuk penyatuan itu.
BN menang di PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. – 28 Ogos, 2019.
Komen